Bangunan-bangunan Paling Menakjubkan Di Dunia


The Blue Building (Netherlands)

The Blue Building (Netherlands)

Yang ini pun best juga!




Di kota kecil Delfshaven yang terletak di Netherlands, Schildersbedrijf N&F Hijnen bercadang untuk mengubahsuai blok bangunan yang terbiar yang akan dimusnahkan kelak. Beliau kemudiannya, membuat perjanjian dengan kejiranan di situ bahawa beliau akan mengekalkan blok tersebut kekal bewarna biru selagi tiada rancangan baru dibuat.

The Blue Building (Netherlands)

Dan akhirnya, bangunan yang dulunya bangunan yang paling tidak kelihatan di Rotterdam menjadi tempat paling di ambil gambar nya hanya dengan mengecat 2 micron lapisan cat biru.

The Crooked House (Poland)

The Crooked House (Poland)

Arkitek Poland iaitu Szotynscy Zaleski merupakan arkitek yang mereka Rumah Bengkok (Crooked House) ini. Rumah yang diilhamkan daripada sebuah illustrasi dongeng oleh Jan Marcin Szancer dan lukisan dari artis Sweden iaitu Per Dahlberg merupakan tempat yang paling diambil gambar nya di Poland. Rumah pelik ini juga mempunyai keluasan 4,000 meter persegi dan terletak di pusat membeli belah Rezydent di Sopot, Poland.

The Crooked House (Poland)

The Dancing House (Czech Republic)

The Dancing House (Czech Republic)

“Dancing House” merupakan nama timangan yang diberikan kepada bangunan pejabat ini di pusat bandar Prague di Republik Czech. Ia direka oleh  seorang arkitek Croatia iaitu Vlado Milunic dengan kerjasama arkitek Kanada, Frank Gehry dan dibina di sebuah kawasan kosong di tepi sungai (di mana bangunan sebelum itu telah dimusnahkan ketika pengeboman Prague pada tahun 1945). Pembinaannya bermula pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996.

Reka bentuknya yang unik menjadi kontroversi ketika itu. Presiden Czech, Vaclav Havel yang telah tinggal sedekad bersebelahan bangunan itu, menyokong pembinaannya dan berharap ianya menjadi sebuah pusat aktiviti budaya. Pada awalnya, ia diberi nama Fred dan Ginger (sempena nama Fred Astaire dan Ginger Rogers – kerana bangunan tersebut kelihatan seperti sepasang penari).

The Dancing House (Czech Republic)

Di atasnya mempunyai sebuah restoran perancis dan orang ramai boleh melihat pemandangan yang menakjubkan dari restoran tersebut. Terdapat juga penyewa lain yang merupakan dari firma-firma multinasional menyewa bangunan ini. Rancangan untuk menjadikan bangunan ini pusat kebudayaan tidak kesampaian kerana ianya terletak di sebelah jalan yang amat sibuk. Bangunan ini bergantung kepada pengudaraan paksa, membuatkan keadaan dalam bangunan ini kurang selesa untuk penghuninya.

Kansas City Library (United States)

Kansas City Library (United States)

Perpustakaan Bandar Kansas mempunyai bahagian hadapan bangunan yang sangat menarik dan cool. Penduduk tempatan diminta untuk mencadangkan buku yang berpengaruh untuk mewakili Bandar Kansas dan kemudiannya mendapat banyak cadangan dan akhirnya menjadi hiasan bahagian luar di tempat letak kereta perpustakaan terbabit.

Kansas City Library (United States)

The Piano House (China)

The Piano House (China)

Rumah unik berbentuk sebuah piano ini dibina di Wilayah An Hui di China. Di dalam violin pula terdapat eskelator untuk ke bangunan. Bangunan ini menggambarkan beberapa rancangan bandar dan prospek pembangunan dalam usaha untuk menarik minat terhadap kawasan ini yang sedang membangun.

The Piano House (China)

The Robot Building (Thailand)

The Robot Building (Thailand)

Bangunan Robot ini terletak di Sathorn, sebuah daerah perniagaan di Bangkok, Thailand. Ianya merupakan ibu pejabat bagi United Overseas Bank, Bangkok. Ia direka khas untuk Bank Asia oleh Sumet Jumsai untuk menggambarkan pengkomputeran pembankan. Rekaannya adalah reaksi terhadap senibina pascamoden neoklasik dan berteknologi tinggi.

The Robot Building (Thailand)

Ciri-ciri bangunan seperti dinding beransur-ansur surut, antena, dan mata menyumbang kepada penampilan robot dan fungsi yang praktikal. Siap dibina pada tahun 1986, bangunan itu adalah salah satu contoh terakhir seni bina moden di Bangkok dan telah mendapat pujian kritis antarabangsa.

Sam Kee Building: six feet deep, world’s thinnest (Canada)

Sam Kee Building: six feet deep, world's thinnest (Canada)

Bangunan Sam Kee ini terletak di 8 West Pender Street. Ia dibina di sepanjang jalan dari sudut Pender dan Carral hingga ke  lorong pertengahan blok. Merupakan bangunan 2 tingkat dan 1.5 meter kedalaman. Mempunyai cerita yang tersendiri sepanjang pembinaannya. Kota Vancouver telah merampas sebahagian hartanah pemilik asalnya Chang Toy untuk membesarkan jalan Pender Street. Tiada pampasan diberikan kepadanya dan beliau ditinggalkan dengan hartanah yang selebihnya tadi yang dianggap tidak bernilai oleh kebanyakan orang. Kemudiannya, siapa sangka dengan taruhan dan dorongan, beliau mengupah seorang arkitek untuk membina dan mereka bangunan untuk dibina di atas tanah yang tinggal.

Sam Kee Building: six feet deep, world's thinnest (Canada)

Kini bangunan ini merupakan rumah kepada 13 perniagaan. Ianya merupakan satu-satunya tempat di Chinatown yang menyediakan tempat mandian air panas. Terdapat terowong di bawah bangunan ini yang pernah digunakan sebagai laluan melepaskan diri dari serbuan di sarang candu yang terletak di Shanghai Alley. Bangunan ini juga mempunyai bahagian hadapan yang  bercermin. Banyak isu masih lagi dibangkitkan diantara pemilik dan bandar tersebut berkenaan dengan isu pencorobohan. Dengan melihat keadaan ini, ianya bagus untuk pengajian subjek sivik.

The Astra House (Germany)

The Astra House (Germany)

Bangunan yang unik ini sebenarnya adalah tempat pembuatan bir di Germany. Lantainya boleh bergerak ke atas dan ke bawah melalui terasnya. Dan kini, bangunan ini telah dimusnahkan. Salah satu jenama bir nya yang popular yang baru dibeli oleh syarikat korporat besar diberi nama Astra.

The Basket Building (United States)

The Basket Building (United States)

Ianya bermula dengan impian oleh Dave Longaberger, pengasas kepada Syarikat Longaberger. Dia bercadang untuk membina pejabat menyerupai sebuah bakul yang besar untuk menutupi seluruh pejabat syarikatnya. Dave percaya bahawa impiannya adalah yang terbaik yang ditimbulkannya dan berharap ianya dapat menarik perhatian orang ramai kepada syarikatnya dan juga meningkat penjenamaannya. Walaupun begitu, setelah mengemukakan idea nya untuk membina pejabat beruba bakul, dia mendapati ramai orang menganggap ianya hanyalah gurauan. Bukan sahaja orang bank, arkitek dan syarikat pembinaan yang beranggapan begitu, pekerja-pekerjanya juga menganggap beliau tidak serius. Tetapi Dave tabah. Impiannya tercapai juga pada 17 Disember tahun 1997 dimana pejabat berbentuk sebuah bakul akhirnya siap dan dibuka untuk perniagaan.

The Basket Building (United States)

 

Cerita lain yang menarik:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Jom Komen !!

Leave a Reply