Kuasa Conformity. Boleh Membuatkan Kita Jadi Sengal.

Hehe.. kelakar kan. Part yang last skali tuh memang kelakar. Dia ikut je apa yang orang lain buat. Sebenarnya keadaan di atas dinamakan “conformity” dalam ilmu psikologi. Conformity ialah sejenis pengaruh sosial terhadap kepercayaan dan perangai untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu kumpulan. Jika kita tengok video di atas. Orang yang diuji tadi pada mulanya berdiri mengadap pintu lif. Keadaan mula berubah apabila dua atau tiga orang masuk dan berdiri membelakangkan pintu lif dengan gaya bersahaja seperti benda tu adalah perkara biasa. Orang yang diuji ini tadi mula berasa tertekan dengan keadaan itu dan dia mula mengikut apa sahaja kumpulan majoriti tadi lakukan supaya tak dianggap pelik.

Video ini pula menunjukkan ujikaji terhadap ‘conformity’ ini. Dalam ujikaji ini seorang telah dipanggil untuk ambil bahagian dalam ujikaji ini. Dia diberitahu untuk menyertai ujikaji persepsi visual. Tetapi dia tidak diberitahu bahawa yang sebenarnya dia sedang diuji untuk “conformity”. Dia juga tidak tahu bahawa orang lain selain dia berpakat untuk “kenakan” dia dengan memberikan jawapan yang salah setiap kali soalan dikemukakan. Tujuan ujikaji ini adalah untuk melihat sejauh mana orang yang diuji itu tetap dengan pendiriannya atau mengikut sahaja jawapan majoriti yang ternyata salah. Untuk soalan pertama orang yang diuji memberikan jawapan yang betul tetapi akhirnya untuk soalan-soalan yang berikut dia mengikut sahaja jawapan majoriti yang salah mungkin kerana berasa tidak selesa dia berikan jawapan yang lain dari yang lain dan tak nak dibenci kumpulan itu.

p/s: Ini mungkin terjadi kepada orang yang belajar di luar negara. Sebelum pergi nampak ketimuran. Tetapi apabila sudah  berada di sana lain pula jadinya. Disebabkan mereka adalah kumpulan minoriti mungkin terikut-ikut budaya majoriti di sana. Jadi cubalah cari kawan atau kumpulan yang membawa kita kepada kebaikan di dunia dan akhirat ya.

 

Cerita lain yang menarik:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang ini pun best juga!





Jom Komen !!

Leave a Reply